Wednesday, April 17, 2013

Jadual


HARI
Keterangan Aktiviti

Hari pertama (1)
KUL-JED 20/4/2013
Waktu lapor din Di Terminal LCCT KLIA 4 Jam Sebelum waktu berlepas (Pada Jam 7.30 Pagi).berlepas dari LCCT pada jam 10.45 Pagi. Penerbangan akan tiba di JEDDAH pada jam 3.15 Petang dan Menaiki BAS terus Ke Madinah dan terus ke hotel penginapan di madinah
Hari Kedua (2)
JED-MED 21/4/2013
Selepas Solat Subuh Para jemaah dibawa untuk membuat ziarah dalaman sekitar Masjid Nabawi As- Syariff iaitu Makam Nabi, Masjid Nabawi, Perkuburan Baqi'.
Hari Ketiga (3)
Madinah  22/4/2013
Selepas Solat subuh, para jemaah di minta berkumpul di iobi hotel untuk memulakan program ziarah di sekitar Kota Madinah.Pertamanya.para jemaah akan dibawa melawat dan bersembahyang di Masjid Quba,iaitu masjid yang pertama didirikan oleh Rasullullah di Madinah.fpara jemaah diminta berwudhuk sebelum memulakan lawatan) kemudian para jemaah akan dibawa ke bukit Uhud serta menziarahi shuhada Uhud dan seterusnya ke Masjid Qiblatain dan juga jika berkesempatan menziarahi Kilang percetakkan Al-Quran Madinah ; dan.Di dalam perjalanan pulang para jemaah akan di bawa melintasi medan Khandak atau lebih dikenali sebagai Masjid Tujuh dan sebelum pulang ke -hotel,para jemaah akan berpeluang untuk membeli kurma di Pasar Kurma.
Hari Keempat (4)
Madinah - Makkah
23/4/2013
Selepas Solat Zuhur Para jemaah diminta menurunkan barang -barang serta beg di lobi hotel , para jemaah akan bertolak ke Mekkah dan perjaianan ke mekkah akan singgah di Bir Ali untuk Meqat Umrah.Para jemaah dijangka tiba di Mekkah lebih kurang pukul 11.00 Mlm. setelah selesai urusan daftar masuk di hotel dan makan malam, para jemaah akan dibawa untuk melakukan umrah.
Hari Kelima (5)
Makkah-24/4/2013
Acara bebas di mekkah. dan para jemaah di saran untuk memperbanyakkan umrah dan ibadat-ibadat
lain sepanjang tempoh di Mekkah.
Hari Keenam (6)
Makkah  25/4/2013
Selepas solat,para jemaah di minta berkumpul di lobi hotel untuk acara lawatan di sekitar Kota
mekkah.Pertamanya para jemaah akan di bawa melawat bukit di mana terletaknya Gua Thur.Padang
Arafah dan Jabal Rahmah serta melalui Mudzalifah.Mina dan seterusnya ketiga-tiga Jamrah.Tempat
terakhir yang akan dibawa ialah melepasi Jabal Nur di mana terletaknya Gua Hira' dan akhirnya ke
Masjid Jaaranah untuk meqat umrah yang seterusnya.
Hari Tujuh Hingga Hari
Ke Duabelas (7 -12) 
Makkah 
26/4/2013-1/5/2013
(Akan Dimaklumkan Kemudian) Ziarah ke Hudaibiyyah ladang tenusu unta, kilang kelambu Kaabah
(mengikut lelulusan dari pihak berkuasa) Muzium Dua masjid haram & nabawi, masjid hudaibiyyah
dan terus miqat umrah di sana.
Acara bebas di mekkah. dan para jemaah di saran untuk memperbanyakkan umrah dan ibadat-
ibadat lain sepanjang tempoh di Mekkah. Sebelum meninggalkan Mekkah para jemaah diwajibkan
melakukan tawaf Wida' Kecuali yang uzur Syare'i. Sebelum ke lapangan terbang King Abdul Aziz
Jeddah, jam 11 Mlm Bas akan bergerak ke airport Jeddah dan para jemaah akan singgah di Masjid
Terapung Ar-Rahmah di tepi laut merah untuk solat (jika Berkesempatan).
Hari Tiga belas (13)
Makkah - Jed - KUL
2/5/2013
Berlepas ke kuala lumpur pada pukul 8.30 Pagi. Insyaallah Akan tiba dengan Selamat di LCCT Pada
Jam 10.30 malam. Semua Ahli Keluarga Hendaklah menjemput di LCCT.

No comments:

Post a Comment